BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 22, 2011

~aktiviti2 yg dijalankan sepanjang tahun 2010~

....Ni kiranya posting terakhir sy selaku mantan PEKA3..hehe..so tok adik2 yg baru memegang kepimpinan PEKA3, diharap akan menjalankan tugas dengan baik, tabah dgn segala rintangan dan dugaan....paling penting jgn mudah putus asa k....
....ni sy post kan segala aktiviti2 yg pernah kami anjurkan sepanjang tahun 2010...diharap dapat menambah semangat semua tok gigih menjalankan aktiviti keyhh...^_^v


KEM PEMANTAPAN JBK DAN SEKREATARIAT UMP
Tarikh : 16 Januari 2010
Objektif : Meningkatkan tahap kepimpinan JBK dan sekreatariat PEKA KK3



JOM SUKAN (SENAMROBIK)
Tarikh : 23 Januari 2010
Objektif : Mewujudkan semangat kesukanan dalam kalangan siswi UMP




ENGLISH WEEK
Tarikh : 1-5 Februari 2010
Objektif : Memupuk mahasiswa untuk menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar kedua





PERTANDINGAN BOLA BALING ANTARA BLOK

Tarikh : 28 Februari 2010
Objektif :memupuk gaya hidup sihat dan aktif dikalangan mahasiswi kolej kediaman 3




SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Tarikh : 28 Februari 2010
Objektif : Melahirkan perasaan cinta kepda Rasulullah S.A.W


ONE DAY PEKA
Tarikh : 9 Julai 2010
Objektif : Untuk memperkenalkan PEKA kepada mahasiswa/mahasiswi baru


PEMILIHAN JBK & SEKREATARIAT
Tarikh: 17 Julai 2010
Objektif : Memilih JBK yang baru bagi memudahkan perlaksaan aktiviti.


LADIES NIGHT
Tarikh: 2 Ogos 2010
Objektif:Memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia dalam kalangan mahasiswi UMP





SINARI RAMADHAN
Tarikh: 28 Ogos 2010
Objektif: meningkatkan kefahaman para pelajar mengenai Ramadan

Friday, February 12, 2010

ENGLISH WEEK









...Tanggal 1-5 Februari 2010 yang lalu exco akademik dan ict PEKA 3 telah mengadakan program english week yang berobjektifkan:

    • Menaikkan nama PEKA KK3 supaya dikenali oleh pelajar.

    • Mewujudkan jalinan hubungan yang erat antara jawatankuasa pelajar kolej dan pelajar yang menetap di kolej kediaman KK3.

    • Meningkatkan penggunaan bahasa inggeris penghuni blok.

    • Melahirkan bakat terpendam dalam bidang syarahan melalui aktiviti ’public speaking’.

    • Menambahkan pengetahuan dan mengurangkan tekanan belajar dalam kalangan penghuni kolej dengan menghadirkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.
  • antara aktiviti yang diadakan ialah
-tayangan movie inggeris (sherlock holmes dan vampire assistant)
-scrabble
-spell it right
-explorace
-games ( sudoku, act and guess, draw and guess, word puzzle)

Program ini telah mendapat kerjasama yg tidak putus2 oleh PEKA 3, Pemangku pengetua ( cik rahimah) dan juga penasihat program( cik izzati). Penghuni KK3 juga tidak kurang hebatnya dlm memberikan saingan yg sengit dlm setiap aktiviti yg diadakan.

Monday, January 25, 2010

PROGRAM JOM SUKAN: SENAMROBIK PERDANA BERSAMA DEKAN JHEPA








Tanggal 23 Januari 2010 yg lepas, telah diadakan Program Jom Sukan: Senamrobik Perdana yang telah dianjurkan oleh PEKA KK3. Program ini diadakan dengan mewajibkan kehadiran semua siswi ump dan kehadiran diwajibkan untuk pelajar yang mengambil softskill 1.
Kehadiran dimeriahkan dengan kehadiran Dekan JHEPA, yang bersama-sama dengan semua siswi untuk bersama-sama bersenamrobik pada pagi itu. Dengan kerancakan musik dan kelincahan instruktor telah menambahkan lagi seri pada pagi itu. Semua penghuni siswi telah memberikan kerjasama yang baik dengan datang awal ke kompleks sukan dan hampir memenuhkan kompleks sukan tersebut.

BENGKEL BERSAMA SEKRETARIAT DAN JBK






Tanggal 16 Januari 2010 yang lalu telah diadakan Bengkel Bersama Sekretariat dan juga JBK. Bengkel ini diadakan umtuk mengeratkan lagi hubungan antara PEKA 3, sekreatariat dan juga JBK. Di samping itu, pelbagai aktiviti-aktiviti telah diadakan sepanjang bengkel ini seperti games, pembentangan aktiviti untuk setiap exco dan juga pembentangan aktiviti dan juga masalah yang dihadapi setiap blok.
Bengkel ini yang bermula seawal jam 8 pagi dan tamat jam 12.30 tgh hari telah mendapat kerjasama yang amat memberansangkan olen semua PEKA 3 dimana semua telah bertungkus lumus menjayakan bengkel tersebut dan berkerjasama bagi memastikan kelancaran program.

Saturday, January 9, 2010

DIALOG BERSAMA PENGETUA




Tarikh: 8 Januari 2010
Masa: 8.00 pm - 11.00 pm
Tempat: WDKU 1
Tajuk: DIALOG BERSAMA PENGETUA

Semalam telah diadakan sesi dialog bersama pengetua dimana kk1 telah menjadi tuan rumah untuk program tersebut. Pada sesi diolog tersebut, kami semua dimaklumkan bahawa, nama JPK telah ditukar kepada PEKA ( PERWAKILAN KOLEJ MAHASISWA).
Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas dari pengetua KK1 En. Muhammed Nafis bin Osman Zahid. Dialog dimulakan dengan soalan-soalan menarik yang dikemukakan oleh penegerusi KK2. Dimana beliau bertanyakan soalan mengenai bilakah watikah perlantikan untuk PEKA, apakah imbuhan yang diberikan kepada KK dimana adakah potongan yuran diberikan kepada PEKA.
Kemudian isu terhangat yang dibangkitkan oleh pengerusi KK3 telah mendapat respons yang baik dari semua pihak iaitu isu 'couple'. Banyak pendapat telah dikemukakan oleh semua pihak, salah satu yang menarik minat ramai ialah mengahwinkan terus pelajar yang ditangkap couple ini. Rondaan juga dilakukan untuk mengurangkan masalah couple ini. Pihak KK1 telah mengambil tindakan drastik dengan menampal risalah mengenai haram 'couple' di setiap meja di kafeteria. KK3 juga dengan beraninya melakukan rondaan pada setiap malam bermula jam 12 tengah malam. Ada juga pendapat dikeluarkan untuk menghantar memorandom yang ditandatangani oleh semua pelajar untuk membuat bantahan tentang isu 'couple' ini.
Selepas itu majlis diteruskan dengan setiap PEKA berkumpul untuk membincangkan aktiviti masing-masing dan setiap wakil PEKA akan membentangkan aktiviti-aktiviti di hadapan semua PEKa dan juga felo.
Majlis ditamatkan dengan semua hadirin dijemput untuk menjamu selera.

Thursday, January 7, 2010

...SALAM 2010....

Salam tahun baru 2010 untuk semua warga JPK. Sempena kedatangan tahun baru ini, JPK KK3 telah mula mengorak langkah untuk menjayakan misi dan visi kami. Mungkin ramai yang masih tercari-cari atau belum mengenali siapakah felo dan juga barisan JPK ini. Di bawah merupakan senarai nama felo-felo untuk KK3.

BLOK C1- CIK MAZNI BINTI MUSTAPHA
BLOK C2- PN. DAYANGKU NOORFAZIDAH BINTI AWANG SHRI
BLOK C3- CIK RAHIMAH BINTI JUSOH @ AWANG (selaku pemangku pengetuaKK3)
BLOK C4- CIK SITI NUR SAKINAH BINTI JAMALUDIN (selaku setiausaha felo)
BLOK C5- CIK NAJIWAH SAFWA BINTI KHASHI'IE
BLOK C6- CIK FARAHANIM BINTI MISNI
BLOK C7- CIK NOOR IZZATI BINTI JAINI
BLOKC8- CIK NAZIKUSSABAH BINTI ZAHARUDIN

Di samping itu juga, JPK KK3 telah mempunyai barisan pemimpin yang baru. JPK KK3 terbahagi kepada dua majlis tertinggi iaitu Majlis Eksekutif dan juga Majlis Tertinggi.

MAJLIS EKSEKUTIF

PENGERUSI- AFIDATUSSHIMAH BINTI MAZLAN
TIMBALAN PENGERUSI- NURUL 'IZZATI BT AB RAHIM
SETIAUSAHA- NURUL FARHANA BTE SALIM
BENDAHARI- ADEEBAH BINTI JAMAR

MAJLIS TERTINGGI-

BIRO AKADEMIK DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Ketua- Morina bt Mohd Selih
S/U- Weerana A/P Eh Kan

BIRO KEROHANIAN & PEMBANGUNAN INSAN
Ketua- Nurrahma binti HR Romainor
S/U-

BIRO SUKAN & REKREASI
Ketua- Nik Zuraida Binti Imran Adly
S/U- Fatin Izzwani binti Azman

BIRO KEBAJIKAN & R&D
Ketua- Nur Suraini binti Hashim
S/U- Nur Hidayah bt Hashim

BIRO KEBUDAYAAN& KEUSAHAWANAN
Ketua- Nor Suhaida Roslan
S/U-


Di harap dengan hadirnya pucuk pimpinan yang baru ini mampu untuk membangunkan JPK dan mengorak langkah dengan lebih bersemangat untuk mencapai misi dan visi bersama. Bersama-samalah kita berganding bahu untuk menjalankan amanah yang telah diberikan.

Tuesday, July 21, 2009

Adakah Saya MangsaNya?



Jenayah & Keganasan Terhadap Wanita
Adakah SAYA Mangsanya?


Pada 14/7/09-16/7/09 telah diadakan sesi perbincangan isu jenayah & keganasan terhadap wanita yang telah disampaikan oleh En. Nazri. Isu perbincangan ini lebih fokus kepada golongan siswi dan sesi perbincangan ini dihadiri oleh siswi blog C1-C4 (Selasa), C5-C8 (Rabu), C12-C15 (Khamis).

Objektif perbincangan ini adalah untuk memberikan kesedaran khasnya kepada golongan siswi mengenai jenayah dan keganasan terutamannya terhadap golongan wanita, akta-akta yang berkaitan keganasan dan juga langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berdepan dengan situasi jenayah dan keganasan.

Kehadiran daripada pelajar siswi pada malam itu sangat menggalakkan dan turut hadir pengetua KK3 dan felo-felo blok KK3.