BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 9, 2010

DIALOG BERSAMA PENGETUA




Tarikh: 8 Januari 2010
Masa: 8.00 pm - 11.00 pm
Tempat: WDKU 1
Tajuk: DIALOG BERSAMA PENGETUA

Semalam telah diadakan sesi dialog bersama pengetua dimana kk1 telah menjadi tuan rumah untuk program tersebut. Pada sesi diolog tersebut, kami semua dimaklumkan bahawa, nama JPK telah ditukar kepada PEKA ( PERWAKILAN KOLEJ MAHASISWA).
Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas dari pengetua KK1 En. Muhammed Nafis bin Osman Zahid. Dialog dimulakan dengan soalan-soalan menarik yang dikemukakan oleh penegerusi KK2. Dimana beliau bertanyakan soalan mengenai bilakah watikah perlantikan untuk PEKA, apakah imbuhan yang diberikan kepada KK dimana adakah potongan yuran diberikan kepada PEKA.
Kemudian isu terhangat yang dibangkitkan oleh pengerusi KK3 telah mendapat respons yang baik dari semua pihak iaitu isu 'couple'. Banyak pendapat telah dikemukakan oleh semua pihak, salah satu yang menarik minat ramai ialah mengahwinkan terus pelajar yang ditangkap couple ini. Rondaan juga dilakukan untuk mengurangkan masalah couple ini. Pihak KK1 telah mengambil tindakan drastik dengan menampal risalah mengenai haram 'couple' di setiap meja di kafeteria. KK3 juga dengan beraninya melakukan rondaan pada setiap malam bermula jam 12 tengah malam. Ada juga pendapat dikeluarkan untuk menghantar memorandom yang ditandatangani oleh semua pelajar untuk membuat bantahan tentang isu 'couple' ini.
Selepas itu majlis diteruskan dengan setiap PEKA berkumpul untuk membincangkan aktiviti masing-masing dan setiap wakil PEKA akan membentangkan aktiviti-aktiviti di hadapan semua PEKa dan juga felo.
Majlis ditamatkan dengan semua hadirin dijemput untuk menjamu selera.

No comments:

Post a Comment