BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 21, 2009

Adakah Saya MangsaNya?



Jenayah & Keganasan Terhadap Wanita
Adakah SAYA Mangsanya?


Pada 14/7/09-16/7/09 telah diadakan sesi perbincangan isu jenayah & keganasan terhadap wanita yang telah disampaikan oleh En. Nazri. Isu perbincangan ini lebih fokus kepada golongan siswi dan sesi perbincangan ini dihadiri oleh siswi blog C1-C4 (Selasa), C5-C8 (Rabu), C12-C15 (Khamis).

Objektif perbincangan ini adalah untuk memberikan kesedaran khasnya kepada golongan siswi mengenai jenayah dan keganasan terutamannya terhadap golongan wanita, akta-akta yang berkaitan keganasan dan juga langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berdepan dengan situasi jenayah dan keganasan.

Kehadiran daripada pelajar siswi pada malam itu sangat menggalakkan dan turut hadir pengetua KK3 dan felo-felo blok KK3.

No comments:

Post a Comment